Quantcast
Channel: anajingga
Viewing all 2795 articles
Browse latest View live

Buah Tampoi

$
0
0

Buah Tampoi

Buah Tampoi

Disepanjang jalan dari Ulu Bendul ke Kuala Pilah terdapat banyak gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, kraftangan, madu lebah dan yang paling popular ialah ayam salai dan ikan keli salai.Isnin lepas ana ke sana untuk menghantar kak long balik ke kampus, dalam perjalanan pulang semula ke Rawang, ana sempat singgah di salah sebuah gerai yang menjual buah-buahan tempatan.

Adik yang sangat teringin nak makan buah limau bali, ana beli dengan harga RM3 sebiji.Sangat murah jika dibandingkan membelinya di Bandaraya Ipoh yang mencecah harga sehingga RM10 sebiji.Sesuatu yang menarik perhatian ana dan suami ialah buah Tampoi. Memang dah lama tak melihat buah Tampoi ini malah ketika ditunjukkan pada Adik dia tak pernah kenalpun buah Tampoi.

Buah Tampoi ialah sejenis buah hutan.Kulitnya tebal dan isinya sedikit dalam 3 ulas kecil sahaja.Rasanya seperti buah Rambai dan kita perlu menelan dengan bijinya sekali.Dah macam telan ubat pil pula bila memakannya.Ana membelinya juga dengan harga RM3 sebekas dalam lingkungan 20 biji.Sekadar mengenalkannya kepada anak-anak supaya mereka tahu akan rasa dan rupa buah Tampoi.


~berkongsi kisah buah Tampoi disini~

Muzium Negeri Perak,Taiping

$
0
0


Muzium Negeri Perak,Taiping

 

Muzium Perak di Taiping
Menurut sumber dari portal rasmi arkid negara,Muzium Perak di Taiping ini merupakan muzium yang tertua sekali di Semenanjung Malaysia.Ditubuhkan pada tahun 1883 di asaskan oleh Inggeris yang di ilhamkan oleh Residen Inggeris ketika itu Sir Hugh Low.



Muzium Perak ini terletak di Jalan Taming Sari tidak jauh dari Taman Tasik Taiping.Sebelum ini ana masuk ke dalam kompleks muzium tidak dikenakan sebarang bayaran namun pada cuti Hari Raya yang lalu kami ke sini telah dikenakan bayaran masuk.Menurut pegawai yang bertugas banyak penambahbaikan telah dijalankan disini dan ruang pameran juga telah di naik taraf.

Harga tiket masuk Muzium Perak,Taiping

Harga tiket yang dikenakan ialah sebanyak RM2 bagi pemegang Mykad dan kanak-kanak sekolah manakala RM1 untuk kanak-kanak dan warga emas.Waktu melawatnya pula mulai jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Diruang dalam dewan pameran

Sebenarnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar didalam dewan pameran, terlepas juga sekeping foto yang curi-curi ambil disini.Terdapat dua tingkat ruang pameran yang banyak mempamerkan replika dan binatang-binatang yang di awet, galeri budaya tradisi kaum-kaum di Malaysia, galeri orang asli dan lain-lain lagi untuk dikunjungi.







Manakala dibahagian luar muzium terdapat pameran kereta-kereta dan kenderaan antik termasuk kapal terbang dan keretapi.Disini juga tersedia sebuah surau yang agak selesa untuk kita menunaikan solat.


~berkongsi info disini~

The Versatile Blogger Award

$
0
0

The Versatile Blogger Award:

 


Lama dah sebenarnya di tag oleh adik-adik tersayang, namun baru hari ini ana berkesempatan untuk memeriahkan segmen antara rakan blogger yang tak lain tak bukan untuk mengenali dengan lebih lagi serta menambahkan keakraban dan silaturrahim.Dua orang adik manis yang telah men'tag' kak ana ialah :

Adindaku : SAL :  BLOG SAL

Dan

Adindaku : Fuza Musa : SULAMAN LACE HEAVEN

Jom singgah ke blog-blog menarik yang menjadi kunjungan tetap ana hampir di setiap entri-entri baru mereka yang best dan banyak perkongsian.

Syarat-syarat untuk menyertai segmen 'The Versatile Blogger Award ' mudah sahaja seperti :

1. Ucap terima kasih kepada yang memilih anda
 
2. Letakkan link blog mereka
 
3. Tulis 7 Fakta tentang diri anda.
 
4. Pilih 15 blog yang ada ikuti dan calonkan sebagai 15 blog ini kepada VBA
 
7 Fakta tentang diri saya :
 
1. Pencinta Alam - suka dan tenang melihat keindahan alam semulajadi,ciptaanNya.
 
2.Pencinta Haiwan - paling sayang dengan kucing-kucing.
 
3.Anak jati Teluk Intan,Perak - walaupun dah berhijrah ke Selangor.
 
4.Sayang dengan keluarga dan kawan-kawan.
 
5.Suka makan 'desert' yang sejuk-sejuk.
 
6.Anak-anak adalah kekuatan diri.
 
7.Minat sangat dengan lakonan Adi Putra dan Anzalna Nasir (wah wah nak juga bagitau tu )  

15 Blog Pilihan ana :
 
 1. Nota Ibu (Linda) : http://notaibu77.blogspot.com/

2.Pangkin Nenek (KakYon) : http://kakrose.blogspot.com/

3.*Diary Nurul* (Nurul) : http://coratcoretnurul80.blogspot.com/

4.A Girl On A Mission (Cik Oren) ; http://kaktusoren.blogspot.com/

5.Anne Nurain (Anne) : http://anne-nurain.blogspot.com/


7.Cerita Orang Bujang (Cik Pinz) : http://realiticikpin.blogspot.com/

8.Fina Lotus (fina-chan) ; http://attackonmysoul.blogspot.com/

9.MEMMETLENGGENG (Zila) : http://memetlenggeng.blogspot.com/


11.NS-NOTA SHALIMAR (Sha) : http://notashalimar.blogspot.com/

12.~~{Just a Blog of Mine}~~ (Suki) : http://sukasukitulisblog.blogspot.com/

13.Detik Detik Indah Dalam Hidupku (Kak Kamsiah) : http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/

14.Dialog Uda (Nora Karim ) : http://dialoguda.blogspot.com/

15.My Green Eye's (Kak Mala) : http://malasaad.blogspot.com/

Ok, sampai sini sahaja..pada yang ana tag di atas, tiada paksaan untuk menyertai,terpulang..ana sekadar ingin memeriahkan segmen yang menarik ini, disamping dapat juga kita singgah 'blogwalking di mana-mana blog yang ingin kita singgah.

Terima Kasih...

Kuih Ketayap @ Kuih Dadar

$
0
0

 

Resepi Kuih Ketayap:


Kuih Ketayap @ Kuih Dadar

Hari ini ana kongsi kan satu lagi resepi kuih tradisional yang sering ana hidangkan untuk minum petang bersama keluarga.Ringkas dan sangat mudah untuk menyediakannya.Agaknya lah , inilah idea datangnya resepi durian crepe kan, dari menu kuih tradisi kuih ketayap ni atau ada yang memanggilnya kuih dadar gulung.Ana guna pewarna kuning sebab kebetulan pewarna hijau dah habis jadi kita gunalah apa yang ada di rumah.Ada kelainannya sedikit kan..

Bahan untuk inti:

Kelapa parut
Gula merah atau gula melaka
Sedikit gula putih
Dua helai daun pandan - untuk aroma sahaja (disimpul)
1 cawan air

Caranya: didihkan air seketika bersama gula merah atau gula melaka dan gula putih.Masukkan kelapa parut dan simpulan daun pandan dan masak hingga hampir kering di atas api perlahan.

Bahan untuk kulit dadar:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
pewarna hijau atau ana gunakan pewarna kuning

Caranya: Blend kesemua bahan diatas hingga agak pekat.Griskan kuali dengan minyak, ana gunakan non-stick pan supaya tidak melekat.Ambil sesenduk bahan dadar dan tebarkan.Bila sudah kering bahan dadar angkat dan sejukkan seketika sebelum menggulungnya.

~berkongsi resepi disini~

Jangan Sebar Aib Orang Lain:

$
0
0



Sekadar berkongsi pandangan di ruang ini, ana bukanlah ahli bijak pandai dalam ilmu agama, masih belajar di setiap ruang dan kesempatan yang Allah swt berikan.Meniti setiap liku-liku kehidupan di muka bumi yang penuh dengan ujian dan cabaran yang tidak pernah berakhir selagi dinamakan sebuah kehidupan.

Setiap insan yang bernama manusia dengan erti kata sebagai seorang hamba Allah, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan didalam melayari pentas hidup.Pasti dan sering kali kesilapan berlaku samada kita sedari atau dalam kealpaan.

Sebagai seorang yang akrab dengan dunia media sosial , ana perhatikan menjadi suatu keseronokan di kalangan manusia era teknologi kini, membuka dan menyebarkan aib seseorang saudaranya sendiri.Misalnya jika berada di sesuatu situasi ternampak pasangan suami isteri sedang bergaduh, lekas-lekas merakam dan kemudian 'share' di laman-laman sosial.Kemudian akan mendapat banyak 'like' dan komen.Macam-macam komen yang negatif dan kutuk mengutuk sedangkan kita tak kenal dan tak tahupun apa punca sebenarnya.Lebih parah lagi, ramai pula yang 'share' semula sehingga terbukalah aib si polan di seluruh mata dunia.

Begitu juga penyebaran foto-foto yang juga membuka aib seseorang khususnya kaum wanita.Mungkin si pemakainya terlepas pandang atau memang dia bersalah kerana tidak menjaga auratnya dengan sempurna.Namun tak perlulah sebarkan aibnya dengan mengambil foto mereka dan uploadnya di laman-laman sosial dengan'caption' yang menjatuhkan maruahnya.Sekali lagi jutaan mata yang memandang dan ribuan komen yang menghina dan menghukum menjadi 'trend' masa kini.

Bayangkan andainya ahli keluarga atau kenalan kita yang di aibkan sedemikian rupa, apakah perasaan kita.Pesan ana pada diri ana sendiri , jagalah jari-jari kita dari menyebarkan aib dan fitnah di dada-dada media sosial.Jangan terlalu mudah klik butang 'share' kerana ianya juga akan di audit di mahkamah akhirat nanti.Bersihkan 'wall' laman-laman sosial kita dari unsur-unsur fitnah dan membuka aib orang lain kerana Nabi saw pernah bersabda: Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, maka Allah swt akan menutup aibnya di akhirat.

Wallahu a`lam

Wordless Wednesday : A Promise

Thank You So Much MamaNiza

$
0
0


Terima kasih banyak-banyak buat rakan blogger adik manis kak ana, mama Niza sudi membantu kak ana menaikkan banner untuk #Kelabbloggerbenashaari di anajingga.

Sebelum ni pernah di ajar oleh adinda  Anizz Annisa namun faktor usia agaknya tak berjaya juga banner tersebut tertera di laman.Dua hari lepas dengan sebuah entri dari MamaNiza akhirnya berjaya juga kak ana meletakkan banner di bahagian bawah blog kerana di atas agak terlalu sarat dah.




Sekiranya ada yang tercari-cari cara bagaimana nak menggantung banner #kelabbloggerbenashaari ke dinding blog boleh kita pelajari dari MamaNiza.com .Sekali lagi kak ana kalungkan ucapan terima kasih kepada mama Niza dan semoga ikatan ukhwah antara kita rakan-rakan maya akan terus terjalin erat.Insyaa Allah

Kreatif Table Runner

$
0
0

Kreatifkan 'table runner'

'Table runner' merupakan alas meja namun ia di panggil 'table runner jika untuk alas meja makan atau meja konsul yang berbentuk panjang atau bujur.Pada masa kini terdapat pelbagai 'table runner' yang di jual di pasaran dengan pelbagai corak yang cantik-cantik.Lazimnya kita sering menggunakan 'table runner' yang diperbuat daripada kain.

Kali ini , ana inginkan sedikit kelainan didalam seni deko dalaman rumah lebih kepada elemen tradisional Melayu.Untuk menambahkan elemen tradisional Melayu ana kreatifkan seni hiasan khususnya menngunakan elemen buluh dan anyaman menggantikan alas meja makan dan meja tv.Untuk merealisasikannya memang tidak jumpa di pasaraya kerana kebanyakan yang dijual adalah yang diperbuat daripada kain dan sulaman.

'Table runner' meja makan:

 

'Table runner' meja makan dari buluh

'Table runner' untuk meja makan ini ana gunakan sebidang bidai tingkap dari buluh.Boleh di beli di Daiso dengan harga cuma RM5 satu.Lagi satu ianya juga tahan panas ketika kita menghidangkan lauk pauk di atas meja makan tidak perlu lagi mengalasnya.Selesai satu idea untuk tema tradisional Melayu kita.


'Table runner' meja tv:

 

'Table runner ' untuk meja tv

Manakala untuk menjadikan 'table runner' meja tv ini juga ada elemen tradisi Melayu dengan konsep anyaman, ana gantikannya dengan empat keping 'coasters' atau alas pinggan.Alas pinggan ini hadiah dari jiran yang dibeli di Thailand mempunyai unsur-unsur anyaman dan sulaman songket di kelilingnya, memang sesuai sangatlah dengan tema kali ini.

Begitulah dua idea kreatif yang ana kongsikan disini untuk memberi sedikit kelainan kepada seni hiasan dalaman rumah.Kadang-kadang kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk menghias dalaman rumah, cuma pelukan sedikit idea dan kreativiti.

Disini ana kongsikan beberapa lagi foto dari Google Image, pelbagai lagi 'table runner' yang sangat kreatif selain daripada yang diperbuat dari kain.











~berkongsi idea disini~

Selamat Menunaikan Ibadah Haji - Adi Putra

$
0
0


Catatan dari Instagram Adi Putra

Mengikuti perkembangan pelakon hero pujaan ramai Adi Putra melalui blog The One And Only ADP dan Instagram ,beliau hari ini akan ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam ke-5.Alhamdulillah sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama.Semoga amalan dan ibadahnya akan diterima Allah swt dan selamat pergi dan kembali, Insyaa Allah.

Setiap kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini sama sahaja ukurannya..tidak kira apapun status dan kedudukan kita di dunia hanya amalan yang menjadi ukuran di akhirat nanti.Sama-sama bermuhasabah diri supaya setiap hari kita akan menjadi yang lebih baik dari semalam..






Kredit foto dari Instagram adp_adiputra semasa beliau menunaikan umrah baru-baru ini.


~berkongsi kisah disini~

Petua Kurangkan Pahit Peria

$
0
0

Petua hilangkan pahit peria

Buah Peria
Buah peria memang sangat pahit rasanya, malah ketika dahulu memang ana tak suka langsung nak makan masakan peria ni.Namun semakin meningkat usia ni, ana banyak terbaca tentang khasiat sayur yang pahit-pahit, makin gemar pula masak buah peria.Selalunya ana masak tumis dengan rempah kari dan udang kering kemudian pecahkan sebiji telur.Ini resepi dari mak ana.

Hari ini ana kongsikan petua yang ana pelajari dari mak, bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit buah peria.Walaubagaimanapun petua ini sekadar mengurangkan rasa pahit, tidak menghilangkan rasa pahitnya, kerana kalau tidak pahit bukanlah peria namanya kan...

Oklah, selepas kita potong nipis-nipis buah peria ni, perapkan dengan garam selama lebih kurang satu jam.Maknanya kita perlu menyediakannya awal sebelum kita memasaknya.Gunakan garam yang banyak supaya ia menyerap pada potongan buah peria.Apabila hendak memasaknya, bilas bersih buah peria yang diperap dan bolehlah memasak mengikut resepi masing-masing.Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan tahap kepahitan buah peria tersebut.


~Selamat mencuba, berkongsi petua di sini ~

Wordless Wednesday - Silap Haribulan ??

$
0
0

WW : Selalu kita sebut silap haribulan, kali ni betul-betul silap haribulan bila tarikh Deepavali yang di cetak di semua kalendar berubah dari 23hb Oktober ke 22hb Oktober 2014.



Dekorasi Ruang Tamu

$
0
0

 

Dekorasi ruang tamu 'simple'

Berkongsi idea dekorasi ruang tamu yang 'simple' dan moden. Menghuni sebuah banglo kuaters kerajaan di Taman Duta, Kuala Lumpur tidak menghalang anak buah ana, Titin untuk menghias ruang tamu rumahnya dengan gaya moden.Tertarik dengan satu sudut ruang tamu di mana tergantung sebuah lukisan bunga-bungaan kecil yang di beli dari Bali, Indonesia.Nampak sangat cantik dan suatu sudut yang seimbang.Sentuhan yang kemas dan ringkas.



Di tengah-tengah ruang tamu ini, diletakkan satu set meja makan berbentuk bulat.Ia sesuai dengan ruang tamu rumah yang memang agak luas kerana set meja makan bulat akan memakan ruang yang banyak.



Manakala di sudut sebelah lain pula diletakkan sebuah meja konsul dengan bingkai cermin untuk memberi impak pada ruang dinding.


Di bahagian tengah ruang tamu diletakkan satu set sofa berkonsep moden berwarna kuning cair.Berpadanan dengan sebuah meja kopi berwarna putih di tengah-tengahnya, melengkapkan konsep tema rumah moden dan 'simple'.




Sampai sini sahaja ana kongsikan sedikit idea untuk menatarias ruang tamu dari hasil ilham anak buah ana, Titin dan suaminya.Semoga dapat memberi serba sedikit inspirasi pada mereka yang tercari-cari idea untuk menghias ruang tamu.


~berkongsi idea disini~

Gaya Tidur Yang Seksi

$
0
0

 Gaya tidur yang seksi ....

Wah tajuk bukan main lagi .. sebenarnya tak ada apa-apa yang seksi pun..Semalam ana berbual di 'group whatsapp' dengan sepupu dan adik-beradik bercerita tentang kucing.Kamipun 'pose' lah foto-foto kucing kami yang sedang aman bahagia, tidur dengan pelbagai aksi yang memang menggoda..Hari ini, ana kongsikan pula disini bagaimana bahagianya makhluk Allah ini tidur selepas kekenyangan..sekadar hiburan sahaja...


Ini gaya manja Jingga ketika tidur, siap tutup mata lagi kalau cerah..kini semuanya tinggal kenangan bersama Jingga tersayang.


Yang ni aksi Tam Cik dengan Cik Bunga bila tidur di dapur.Macam bergaduh je rupanya..



Punyalah lentik Cik Bunga tidur atas sofa ,seksi menggoda sungguh..


Kadang-kadang kalau dah ngantik sangat, sambil duduk pun boleh lelap Cik Bunga ni..


Yang terlentang tu kucing mak cu ana, namanya Ompok Cik ,tinggal di Trengganu..


Yang ni kucing sepupu ana, tinggal di Bukit Beruntung namanya Tomot..sedang lena di ulit mimpi..

Sekadar nak memenuhkan ruang ana kongsikan beberapa lagi foto dari Google Image tentang aksi-aksi comel kucing ketika tidur, sekadar hiburan semata-mata..














~berkongsi kisah disini~

Jeruk Petai

$
0
0


Cara membuat jeruk Petai

 

jeruk petai

Semasa arwah mak mertua masih ada suatu ketika dahulu, arwah memang selalu membuat jeruk petai kerana di kawasan rumah ada beberapa batang pokok petai.Ana sempatlah belajar dengannya cara-cara nak membuat jeruk petai ni.Cukup mudah, mula-mula rebus seketika petai dengan kulitnya sehingga separuh masak sahaja.Kemudian picitkan petai dari kulitnya, lumurkan dengan garam dan rendam didalam balang dengan air masak.Pastikan menukar air rendaman apabila ia telah keruh untuk kesegaran petai.Dalam dua tiga hari bolehlah di makan dengan nasi.


~berkongsi resepi disini~

Wordless Wednesday- Hobi


Terima Kasih Nuffnang

$
0
0


Nuffnang bertingket-tingket: 

 


Empat hari tinggalkan blog kerana mak dan abah ada dirumah , jadi masa lebih pada aktiviti masak makan dan makan angin bersama keluarga sekitar Kuala Lumpur. Hari ini baru ana berkesempatan buka blog dan singgah ke Nuffnang. Mak Aii!! pertama kali dalam sejarah anajingga.blogspot.com menerima sembilan 'On Going' status di Nuffnang.Bertinket-tingket CPUV kali ini, Alhamdulillah...

Tak pastilah berapa lama ia akan melekat dan ada yang dari bulan Ogos yang masih kekal disana.Menerusi blogwalking bersama rakan-rakan blogger lain , ana dapati bulan ini Nuffnang memang banyak melekatkan iklan di kebanyakan blog.Semoga sama-sama kita berkongsi rezeki dari Nuffnang dan teruskan perkongsian yang mungkin akan memberi manfaat kepada orang lain di luar sana.

Syukur dan Alhamdulillah serta terima kasih Mr Nuffnang untuk CPUV kali ini..


~berkongsi kisah gembira disini~

All the best PT3 2014

$
0
0

 

PT3 2014


Hari ini bermulanya ujian bertulis bagi anak-anak di dalam Tingkatan Tiga persekolahan untuk Pentaksiran Tingkatan Tiga atau PT3.Sistem penilaian baru yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Jika di dalam PMR kayu ukur kepintaran anak-anak adalah dari bilangan 'A' dalam mata pelajaran, PT3 ini pula dimaklumkan penilaiannya bukan sahaja dari segi akedemi namun lebih kepada penilaian sepanjang tahun.Itu yang ana fahami setakad ini setelah beberapa kali sessi penerangan yang ana hadiri di sekolah sepanjang tahun.

Apapun tekniknya, ana doakan semoga PT3 ini akan mencapai matlamat asalnya melahirkan generasi yang lebih berkualiti dari segi akhlak dan akedemik.Insyaa Allah..semoga segala penambah baikannya akan membuah hasil yang lebih baik.

Buat anak-anak, selamat menduduki peperiksaan bertulis mulai hari ini hingga Khamis .Semoga apa yang diusahakan akan memberi keputusan yang cemerlang.Dan buat warga pendidik selamat mempraktikkan suatu lagi era penilaian baru dalam arena pendidikan.

All the best buat anak bongsu ana, Adik Ika dan kawan-kawannya dari Sekolah Menengah Taman Desa Dua, serta anak buah ana, Akmal Akid dan Nasrin Izatti... dan buat semua anak-anak PT3 di mana sahaja mereka berada ketika ini..


~berkongsi kasih sayang disini ~

Drama Siri Teduhan Kasih (Ulangan)

$
0
0

Drama siri Teduhan Kasih

Siaran ulangan siri Teduhan Kasih di TV9:

Tentu ramai yang masih ingat dengan drama siri Teduhan Kasih yang disiarkan di slot Akasia TV3 tidak lama dahulu.Kini bagi yang merindui watak romantis papa Ehsan lakonan Adi Putra boleh menontonnya semula di TV9 dua episod berturut-turut mulai 11 & 12 Oktober lalu setiap Sabtu dan Ahad jam 12:30 tengahari.

Selain watak papa Ehsan dan Iffa (Sherry Ibrahim), paling menonjol dan menarik watak jahat lakonan Nabila Huda sebagai Ayu dan juga Zarina Zainuddin dan Ku Faridah yang sukar dilupakan.Memang 'best' sangat mereka ni jadi jahat.

Oleh itu mari kita tonton kembali drama siri hebat ini, jika ada masa terluang di hujung minggu.

Drama dari adaptasi novel nukilan Marissa, Karya Seni

 

Sinopsis Teduhan kasih :

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.












kredit foto: Google Image 

~selamat menonton~

WW : Thank You So Much

$
0
0

 

  Khas buat adik2 & rakan blogger tersayang:

 

Dari kampung halamanku (2)

$
0
0


 Disini segalanya bermula, di rumah pusaka arwah datuk dan opah inilah ana dibesarkan dan mengenal erti kehidupan.Rumah pusaka ini semakin di mamah usia namun seluruh hidup ana, ia menyimpan seribu satu kenangan sepanjang hayat.

Hari ini ana kongsikan kuntuman-kumtuman segar yang menghiasi rumah usang kami, yang mengindahkan halaman kami, yang menyerikan pandangan kami.Dari semasa arwah opah masih ada lagi, keliling rumah ini ditanam dengan pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan buah-buahan kerana itulah hobinya.Kini mak dan mak saudara ana yang mewarisinya dan menjaga dengan penuh kasih sayang tinggalan arwah opah.Bukan harta wang ringgit atau emas permata tetapi pohon-pohon disekelilingnya.

Disinilah setiap kali cuti panjang, musim perayaan atau kenduri kendara kami semua akan berkumpul.Suasana yang sangat kami nanti-nantikan sentiasa. Sebelum ini pernah ana kongsikan sebuah entri musim buah-buahan di sini.Kepulangan sempena Aidil Adha lalu tiada musim buah-buahan jadi ana kongsikan kuntuman segar di sekitar rumah pusaka kami.



 Bunga alamanda coklat dan pokok-pokok buah naga hasil tinggalan arwah bapa saudara ana.

pohon akar dani yang harum mewangi

Tapak kuda yang masih menjalar di hadapan rumah











Pokok ceri kampung nilah tempat kami lepak petang-petang.Jika dahulu buah ceri ini pun jadi kudapan.Ada sesetengah foto-foto di atas pernah ana kongsikan di Instagram kerana ketika pulang Aidil Adha lalu tidak teringatpun nak ambil gambar pokok-pokok bunga, sibuk dengan aktiviti makan minum dan berbual sakan.


~berkongsi keindahan alam disini, dari kampung halaman ana~
Viewing all 2795 articles
Browse latest View live