Alat Penimbang Lama
Ana terlihat alat timbangan ni masih digunakan oleh pekedai runcit di Pasar Besar Teluk Intan, semasa balik kampung tempuh hari. Mak saudara ana membeli bijian gandum untuk makanan ayam ternakan dan makanan kucing di salah sebuah kedai runcit milik taukeh Cina disini.Pekerjanya masih menggunakan alat timbangan ini untuk menyukat berat timbangan mengikut kilogram.
Menurut pekerjanya, beban diletakkan di atas dasar timbang, kemudian pemberat mengikut kilogram yang dikehendaki di letakkan pada dacingnya.Timbangan di sukat sekiranya pemberat selaras dengan muatan beban.Lebih kurang begitulah sukatannya.Agak payah juga untuk menggunakan timbangan ini, berbanding dengan timbangan digital yang jauh lebih tepat dan mudah.Sekadar berkongsi sesuatu yang agak unik disini dan mungkin ada yang di luar sana tidak pernah melihat alat timbangan sebegini.
~berkongsi barangan lama disini~