![]() |
Serunding ikan dan nasi impit bersama sambal kacang |
Serunding ikan dimakan bersama nasi impit dan sambal kacang:
Menu ini kegemaran suami ana.Jika sebelum ini arwah mak mertua pasti menyediakan juadah ini ketika kami menyambut Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha setiap kali kami merayakannya di Kuala Lipis,Pahang.Namun sejak dua tahun yang lalu, selepas kepergian arwah mok, suami mulai merindui menu kegemarannya.Minggu lepas berkesempatan beraya di rumah kakak ipar, beliau sempat menyediakan juadah ini buat adik kesayangannya.Memandangkan ia menu kesukaan suami, ana mengambil peluang untuk belajar dengan kakak ipar cara-cara untuk menyediakan serunding ikan, memandangkan untuk memasak nasi impit dan kuah kacang adalah juadah yang mudah disediakan, jadi ana kongsikan resepi serunding ikannya sahaja.
Resepi serunding ikan:
Bahan-bahan:Beberapa ekor ikan kembung atau sardin-direbus dan dibuang tulang
1/2 biji kelapa parut-digoreng kering hingga keperangan
1 batang serai-dimayang halus
2 ulas bawang besar-dimayang halus
sedikit gula kabung atau gula merah
garam secukup rasa
Caranya: kesemua bahan di gaul rata dan ditumbuk halus didalam lesung batu.Itu sahaja.
Biasanya dimakan bersama nasi impit dan sambal kacang tanah.Lazimnya menu ini popular di negeri sebelah pantai timur, tempat kelahiran suami ana.
~berkongsi resepi disini~