![]() |
Harga dua kuntum bunga kantan |
Bermula minggu lepas, ramai yang dah pulang ke rumah masing-masing setelah beraya di kampung halaman,dan ramailah yang mengadakan jamuan rumah terbuka atau 'open house'.Antara menu yang paling popular ketika jamuan rumah terbuka adalah laksa.Mungkin atas faktor tersebut, banyak perkongsian dan keluhan ibu-ibu di laman-laman Facebook dan Whats app tentang harga bunga kantan yang terlampau mahal sehingga mencecah RM4-RM5 sekuntum.Mahal sungguh kan..kerana jika sebelum ini harganya cuma dalam RM1 sekuntum sahaja.
Sebelum ini, ana pernah bercerita tentang pokok kantan yang terdapat di belakang rumah dalam entri
bunga-bunga herba dan sempat juga berkongsi resepi
kerabu bunga kantan .Memang sudah lama ana tidak membeli bunga kantan kerana ana mempunyai pokoknya di belakang rumah yang sering kali berbunga.Cuma sejak musim kemarau kebelakangan ini sahaja ia jarang berbunga lagi.
Jambangan bunga kantan
![]() |
Jambangan bunga kantan |
Dalam sibuk-sibuk kami bercerita tentang harga bunga kantan yang naik mendadak, ana sangat tertarik dengan sekeping foto dari seorang rakan, Kak Sarah yang menjadikan bunga kantan sebagai jambangan bunga hiasan rumahnya di Bukit Beruntung. Menurut Kak Sarah, pokok kantan yang banyak mengeluarkan bunga mekar di sekitar rumahnya memberikannya idea untuk menjadikannya hiasan jambangan bunga di rumah.Inilah hasil kreativiti Kak Sarah yang sangat menarik.Terima kasih Kak Sarah pinjamkan ana foto untuk tatapan pembaca yang singgah disini.Cantik sangat kan dan pastinya rumah Kak Sarah ada aroma dari bunga kantan walaupun tiada menu laksa...
~berkongsi kisah disini~