Penangguhan menyertai PLKN
Jumaat lepas, ana menerima sepucuk surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara atas nama kak long, mengarahkannya menyertai program Latihan Khidmat Negara pada 16hb Ogos 2014 di kem Maran,Pahang.Memandangkan kak long sedang menuntut di UiTM sejak dua bulan yang lepas, ana menghubungi talian telefon Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangguhkannya menyertai kem tersebut.Antara langkah yang perlu dibuat untuk proses penangguhan penyertaan PLKN ialah mengisi butir-butir lengkap didalam sehelai borang penangguhan yang dikirimkan bersama surat penempatan kem.Sertakan bukti-bukti seperti surat tawaran belajar di IPTA atau IPTS dengan tempoh pengajian.Ana lampirkan surat tawaran dari UiTM sebagai rujukan pihak JLKN.
Borang penangguhan PLKN
Ana juga mendapatkan pengesahan dari JLKN tentang ruang tanda tangan pemohon di bahagian akhir borang, memandangkan anak tiada bersama kita pada masa ini, kita dibenarkan menandatangani borang sebagai wakil atau bagi pihak dengan meletakkan nama, no kad pengenalan dan hubungan.Borang kak long telah ditandatangani oleh ayahnya.
![]() |
Surat penangguhan PLKN |
Pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara
![]() |
Jabatan Latiahn Khidmat Negara,Wangsa Maju |
Seksyen 5,Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Berhadapan dengan pasaraya Aeon Big atau Carrefour suatu masa dahulu.Bangunan ini dahulu merupakan bangunan untuk Akademi TV3.Kita boleh menghubungi talian : 03-4027 4747 untuk pertanyaan urusan pelatih PLKN.
![]() |
Kaunter JLKN |
![]() |
Pintu masuk ke pejabat JLKN |
~berkongsi info disini~